Pembela Anak Melayu Tenang

Pembela Anak Melayu Tenang

Saturday 30 April 2011

KAMBING UNTUK DIJUAL DI KAWASAN TENANG STESEN SEGAMAT....

KAMBING UNTUK DIJUAL DI KAWASAN TENANG STESEN SEGAMAT..HARGA BOLEH DIRUNDING...


NAMA SYARIKAT : PARMAN INTERPRISE
NO TELEFON          : 011-12129757

Friday 22 April 2011

Dua anak mata lebih terang...

his eye is more than rare. It has two eyes!.
What the experts think?, Do you think the photo is real?

Amazing Photo Moments




































Rahsia Keperibadian Perempuan Melalui Tajul Muluk

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari
- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac
- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April
-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei
-Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun
- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai
-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos
-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

Setember
-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober
-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November
-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember
- rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Kenapa Facebook Berwarna Biru ?

Tahukah asal mula kenapa halaman facebook itu berwarna biru? karena Pendiri Facebook, Mark Zuckerberg ternyata buta warna. Itu yang menyebabkan halaman Facebook.com dipenuhi oleh warna biru dan tidak pernah berubah sampai saat ini.


Pengakuan Mark itu dipublikasikan oleh majalah The New Yorker dan dikutip oleh CNN.com. Mark mengalami buta warna merah-hijau.

RAHSIA TARIKH LAHIR

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara. 

Rahsia di sebalik nombor rumah

Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki
sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami
rumah tersebut?
Kiraan:
Nombor 11 = 1+1=2
Jadi angka rumah korang ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah....

Nombor 192
= 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah....

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya
dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang
kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan
fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan
gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu
dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik
dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
penghuninya.Cubalah... .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah
bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya
degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan'
dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk
meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik
beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang
yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati
jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar
mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm... .nombor jenis ini agak sukar untuk
diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan
kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di
rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah
ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.
Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis
ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang
lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan
seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal
di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka
akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang
bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun
begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat
perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan
telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan
kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor
ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan
tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai
daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang
tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra
menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu
juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah
kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan
layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan
dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main
dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua
kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada
kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang
alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu
juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang
sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan
perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit
dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk
mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa
depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan
yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul
jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang
berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah
itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami
rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula
kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap
kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.

* JGN LA PERCAYA 100% YE.

8 Tips Menjadikan Firefox Secepat Kilat


Secara umum Firefox sendiri sudah memiliki kuasa yang melampaui IE, tetapi dengan sedikit sentuhan dan penetapan yang tepat anda bosa membuatnya 2x lebih cepat lagi hanya dalam waktu 5 minit saja. Ikutilah tip-tip di bawah ini.


1. Aktifkan Pipelining
Biasanya browser bekerja dengan mengirimkan permintaan kepada server dan menunggu respon sebelum melanjutkan proses. Pipelining adalah sebuah teknik lebih agresif yang memungkinkan browser untuk mengirimkan beberapa permintaan sekaligus sebelum menerima respon apapun untuk mengurangi waktu yang diperlukan untuk memaparkan isi halaman. Untuk mengaktifkan fungsi ini taip “about:config” pada kotak alamat, klik dua kali pada “network.http.pipelining” dan “network.http.proxy.pipelining” supaya nilainya berubah menjadi “true” kemudian klik-dua kali pada “network.http.pipelining.maxrequest” dan jadikan nilainya “8“.
Perlu diingat bahawa beberapa server tidak melayani pipelining. Jadi, ada kemungkinan kalau penetapan ini boleh memperlahankan firefox anda. Atur kembali semuanya seperti penetapan awal jika memang terjadi masalah.
2. Render dengan Cepat
Laman web yang besar dan rumit boleh memakan masa untuk dipaparkan. Firefox tidak ingin membuat anda menunggu, jadi dengan pengaturan standard Firefox akan menampilkan apa yang ia terima setiap 0,12 saat. Walaupun hal ini membuat browser terkesan lebih cepat, rendering secara berulang yang dilakukan terus menerus meningkatkan waktu keseluruhan yang diperlukan untuk menampilkan halaman, kita dapat mengurangi jumlah rendering ini untuk meningkatkan kelajuannya.
Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan pada tetingkap utama dan kemudian pilih “New > Integer“. Taip “content.notify.interval” sebagai nama preferensi anda, klik “ok“, masukkan “500000” (500 ribu) dan klik “ok” kembali.
Klik kanan lagi pada tampilan dan pilih “New > Boolean“. Kali ini buat nilai disebut “content.notify.ontimer” dan atur menjadi “True” untuk menyelesaikan tugas anda.
3. Loading Lebih Cepat
Jika anda tidak menggerakkan tetikus atau menyentuh keyboard selama 0,75 detik, Firefox akan masuk ke dalam mode “low frequency interrupt” yang ertinya interface-nya menjadi kurang responsif tetapi boleh me-load halaman lebih cepat.
Klik “about:config” dan tekan [ENTER], klik kanan pada tampilan dan pilih “New > Integer”. Ketik “content.switch.threshold”, klik “ok”, masukkan “250000″ (seperempat detik) dan klik “ok” untuk menyelesaikan.
4. Tidak Ada Interruption
Anda boleh melakukan langkah lebih jauh dengan memberitahu Firefox untuk sama sekali mengabaikan user interface events sampai halaman selesai dipaparkan. Memang cara ini agak ekstrim kerana Firefox boleh menjadi tidak responsif selama beberapa waktu, tetapi tidak ada salahnya untuk dicuba apakah kesannya positif atau tidak untuk anda. Taip “about:config“, tekan [ENTER] dan klik kanan, pilih “New > Boolean“. Taip “content.interrupt.parsing“, klik “ok“, atur nilainya menjadi “False” dan klik “ok“.
5. Block Flash
Animasi flash yang mengganggu terdapat di mana-mana, muncul pada halaman web yang ingin anda baca atau lihat dan melambatkan browsing. Namun ada penyelesaian yang sangat mudah. Install “Flashblock” (flashblock.mozdev.org) dan ia akan memblock semua aplikasi Flash ketika loading agar laman web ditampilkan lebih cepat. Jika anda menemui paparan Flash ingin anda lihat cukup sekadar klik pada tempatnya untuk download dan melihat tampilannya dengan normal.
6. Tingkatkan Ukuran Cache
Ketika melancarkan Firefox akan menyimpan gambar dan skrip pada memory cache local di mana anda boleh mempercepat pengambilan data jika mengunjungi laman web yang sama kembali. Jika anda memiliki RAM yang besar (2GB atau lebih), biarkan Firefox berjalan lebih lama sehingga mengunjungi kembali halaman-halaman web akan lebih cepat, terutama dengan cache yang besar.
Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan dan pilih “New > Integer“. Taip “browser.cache.memory.capacity“, klik “ok“, masukkan “65536” dan klik “ok“, kemudian “restart” browser untuk mendapatkan cache yang baru dan lebih besar.
7. Aktifkan TraceMonkey
TraceMonkey adalah engine Javascript baru dari Mozilla yang super cepat, dalam beberapa benchmark bahkan mencetak nilai 40x lebih besar dibandingkan versi saat ini. Tracemonkey mungkin saat ini memang dalam tahap pengembangan dan masih sedikit buggy, tetapi jika anda keberatan menggunakan perisian dalam tahap pengembangan, dapatkan nightly build terbaru dari (ftp://ftp.mozilla.org/pub/firefox/nightly/latest-trunk/). Versi beta pertama Firefox 3.1 juga dijadualkan untuk dikeluarkan bulan ini juga.
Ketik “about:config” pada kotak alamat dan tekan [ENTER]. Ketik “JIT” pada kotak filter, dan klik dua kali “javascript.options.jit.chrome” dan “javascript.options.jit.content” untuk mengubah nilainya menjadi “true“. Selamat!, kini anda telah menggunakan engine Javascript mutakhir Firefox.
8. Kompres Data
Jika anda memiliki akses internet lambat, mungkin anda merasa bahawa Firefox tidak berkerja dengan baik. Itu tidak sepenuhnya benar! Install toonel.net dan aplikasi Java ini akan mengambil alih trafik internet anda melalui server-nya sendiri. Semua data yang melalui server Toonel lalu dikompres sehingga data yang perlu dipaparkan browser lebih sedikit.
Bahkan, Toonel juga boleh mengkompres gambar JPEG, tetapi tentunya berlaku penurunan kualiti gambar. Tips ini berguna untuk mempercepatkan jumlah data yang dikirimkan, bermanfaat jika memiliki akaun internet yang terbatas atau saat menggunakan sambungan internet yang lambat seperti GPRS.
~Selamat mencuba. Sila gunakan teknologi dengan iman di dada. Fikir sebelum klik. Assalamualaikum~