Pembela Anak Melayu Tenang

Pembela Anak Melayu Tenang

Monday 9 May 2011

IBU

Engkau  tidak pernah jemu
Membelai,mengasuh dan melayaniku
Dengan penuh kasih sayang
Bagai 'menatang minyak yang penuh'.
Dari kecil hingga kini
Masih terbayang dalam ingatan
Betapa besarnya pengorbanan yang kau berikan
Tanpa berharap sebarang balasan.
Kini,
Tiba masa untuk aku membelamu
Akan ku curahkan bakti
Walaupun... ku sedar pengorbananku
Tidaklah sebesar mana
Namun.... aku akan memastikan
Bahawa engkau akan
Mengukirkan senyuman.

No comments: